Monday, November 15, 2010

Our true love story {CST PRODUCTION}

1997

13 tahun yang lalu, ketika saya berseorangan dalam kelas, tiba-tiba muncul 2 orang lelaki yang mana seorang merupakan rakan sekelas, dan seorang lagi tidak dikenali. Bermulalah sesi perkenalan waktu itu. Tiada lain, niat cuma hanya untuk menambahkan kenalan.

* 13tahun yang lalu, he is completely a stranger to me. Siapa jangka, dia merupakan yang bertakhta di hati sejak dari dulu?! *

Tiba esoknya, saya didatangi sekeping surat. Terkejut bukan main, tapi kerana rasakan masih terlalu awal untuk bercinta, saya buat bo-layan aje. Dia yang pasti, tak pernah jemu untuk memikat hati saya. Berkeping-keping surat diberi melalui orang tengah iaitu rakan sekelas tadi, tapi, satu pon saya tak balas. Waktu itu umur saya 13 tahun dan sangat tahu apa yang dimaksudkan dengan cinta monyet. Jadi, saya keraskan hati tolak mentah-mentah.

*Moga, kimia sempurna yang tercipta antara kami, takkan pernah terlerai*

1998

Walau dia tahu saya tak menginginkannya, tetap, dia terus dan terus mencuba. Dia pada saya, tak pernah rasa putus asa. Tapi dalam diam, pernah juga saya cuba sebok-sebok hal dia. Pernah, saya cuba mengintai dari tingkap asrama semasa dia sedang 'picnic' bersama keluarga berhampiran dengan padang sekolah. Mahu, tapi jual mahal, kan? Hee. Mungkin itu lah saya. Pernah, beberapa rakan-rakan sebilik di asrama mengusik saya untuk menerima lamaran dia. Punya lah marah saya, sampai saya luahkan pada mereka, "Simpang malaikat 44, tak mungkin aku kawen dengan dia.". Punya lah nak cerita-nya, yang saya amat membenci dia seorang ini. Hihi.

1999 - 2001

Masih segar di ingatan, Sehinggalah saya menapak ke tingkatan tiga. Satu ketika yang saya tak ingat bila tarikhnya, hati saya tiba-tiba terdetik, “Mungkin dia dilahirkan untuk menemani saya sehingga ahkir hayat saya”. Sungguh, perasaan tika itu, saya tak pasti dari mana datangnya dan sebab apa dengan tiba-tiba muncul perasaan sebegini. Sungguh, susah untuk saya terangkan di sini. Tapi, yang pasti, tika itu, saya tahu hati saya sedang berbunga riang. =) Masih, saya dolak-dalik dengan perasaan saya. Tapi, manakan hati dapat menipu. Akhirnya, saya buka hati saya untuk insan ini bertakhta di hati.

Dan, kami seperti pasangan lain, keluar berdating, tapi, waktu itu, tidak lupa untuk sama-sama mengunjungi library dan tuition center bersama. Pelajaran masih diutamakan. Selepas sama-sama tamat PMR, masing-masing membawa haluan sendiri. Dia diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di sekolah teknik, manakala saya kekal di sekolah lama untuk menyambung aliran Sains. Waktu itu, handphone pun tak kenal lagi, jadi untuk berhubungan sedikit susah. Hanya utusan surat sebagai medium komunikasi kami. Yelah, masing-masing tinggal di asrama. Terima kasih lah pada 'posmen-posmen' kami yang tidak jemu membantu kami pass surat to each other. Hihi. Kami juga punya 'chatting book' yang masih kami simpan hingga kini. Kenangan betul. Cinta budak sekolah, kan? Hihi.

2002 - 2009

Selepas kami tamat SPM, masing-masing berjaya menlanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Alhamdulillah. Tapi, kami masih diduga dengan perhubungan jarak jauh. Seorang di Shah Alam, dan seorang lagi di Pulau Pinang. Waktu di universiti, 'posmen-posmen' dah pencen, mujur ada handphone waktu itu. Sibukla bersms. Public phone pun antara medium komunikasi juga waktu tu. Sanggup, setiap kali dapat syiling, simpan, nak buat call nanti. Hihi. Dah rasa cukup berat, sanggup pulak beratur menunggu giliran kat public phone tuh. Semuanya sanggup, demi cinta. Hihi. Bayangkan, nak berdating memang susah la, tunggu cuti semester baru lah bersua muka. Dalam setahun, boleh kira dengan jari berapa kali kami berdating. Dugaan betul. Hihi. Keluarga pulak waktu itu, saya di Subang, dan kampung dia di Kuantan. Memang susah nak jumpa. Hihi. Tapi, ada hikmahnya, mungkin jarang berdating, Alhamdulillah, kini masing-masing dah berjaya. Sorang dah berjaya memegang jawatan jurutera di TNB, dan sorang lagi bakal pensyarah. Alhamdulillah.

2010

Dan, 12 November 2010, genaplan 11 tahun kami bercinta.

Sepanjang 11 tahun bercinta, telah banyak kami lalui bersama. Dari zaman persekolahan, di mana waktu itu hanya mampu untuk naik turun bas samata untuk keluar berdating, dan berpanas berhujan bersama, semuanya indah bagi saya. Cinta pada waktu itu lahir sungguh suci. Lahir hanya kerana hati. Bukan kerana terpikat pada kereta mewahnya, tampan wajahnya, atau jawatan yang disandangnya. Bukan itu yang saya cari. Tapi kerana keikhlasan hatinya dan kesungguhan hatinya untuk membawa saya ke satu tahap yang teristimewa di suatu sudut ruang hatinya. Indah. Sungguh indah.

Kaulah untukku
Terindah pilihanku

"Terindah pilihanku-Atilia"

Dan saya bersyukur, walau telah diuji dengan pelbagai dugaan, sepanjang 11 tahun dalam alam percintaan, Alhamdulillah, hati saya dan hati dia masih tetap bersatu. Restu keluarga adalah yang paling penting. Alhamdulillah pada setiap satu dari kamu yang mendoakan kebahagian buat kami berdua.

"Sampai bila kita nak macam ni? Kita kawen, ye?"

Tewas, airmata saya mengalir, bahagia rasa.
Mana mungkin saya jawab tidak!
Ini yang paling saya nanti!

Saya percaya, saya telah dijadikan dari tulang rusuk kirinya untuk menyempurnakan tubuhnya. Kimia yang tercipta di antara kami, sungguh sempurna. Kerana itu, saya mahu sentiasa berada disisinya. Walau susah, walau senang. Saya sanggup harungi bersama.

Dialah teman hidup, dialah teman suka dan duka, dialah teman baik saya, dialah yang sanggup pinjamkan bahu untuk saya tika saya memerlukan, yang selalu menenangkan hati saya waktu gelisah tiba, yang sanggup lakukan apa sahaja demi saya, yang selalu percaya saya boleh lakukan walau saya rasa tak mampu tika itu, walau ramai yang kata tidak, tapi dia tetap hadir dan kata ya buat saya, yang dalam hatinya tiada lain, cuma saya yang utama, yang sanggup berkongi segalanya. Dialah segalanya untuk saya.

Kerana itu, saya percaya, dia merupakan pilihan hati yang sangat tepat buat saya. Terima kasih Tuhan atas anugerahMu ini. Sungguh, aku bersyukur kerana dihadirkan dirinya untukku.

"Dan ku berjanji
Akan-ku jaga anugerah ini
Sehabis baik
Hingga putus nyawa-ku"

"Anugerah Paling Hebat-November 16, 2008" by Atia

Sehingga hujung nyawa, sehingga ke syurga, saya cuma mahu bersama dirinya. InsyaAllah.



tak perlu bermadah puisi.
tak perlu wang menggunung.
tak perlu berharta mewah.
tak perlu emas berlian.
tak perlu titipan manis.

cuma perlukan sekeping hati suci darimu.

cukup untuk jantungku berdegup.
cukup untuk darahku mengalir.
cukup untuk menghayun langkahku sehari-hari.
cukup untuk rasa bahagia tiap detik.

cuma kau kekuatan diriku.

"Hanya kau-December 19,2008" by Atia


Doakan kami, moga kekal hingga akhirnya, ya?
=)

Cerita ini dikongsi bersama kerana ingin sekali memenangi pengambaran percuma dari CST Production bagi merakamkan detik permulaan kami berkenalan, bercinta dan hinggalah kini, InshaAllah, bakal ke jinjang pelamin. Moga kekal hingga ke ahkirnya.

To join this contest, simply click : (www.facebook.com/cstproduction)

I enjoy very much on how they did a superb video to Elyana & Khairul, such a sweet 'short love story' to be shared. =)

xoxo






MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com